Jalinan ukhuwah Imigresen - Utusan Malaysia

Jalinan ukhuwah Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sebagai salah satu cara menghayati kemuliaan bulan Ramadan di samping mengeratkan jalinan ukhuwah, Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP), Husni Mahmud mengadakan lawatan ke beberapa pejabat imigresen di negeri ini bagi menziarahi para petugasnya baru-baru ini.

Husni memulakan lawatan di Depot Tahanan Imigresen Juru, Bukit Mertajam di sini sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas dekat sini.

Dalam program sehari itu, beliau turut mengunjungi Pejabat Imigresen George Town dan Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier di George Town sebelum menamatkan sesi tersebut di Pejabat Imigresen Seberang Jaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada sesi lawatan ber­kenaan, Husni turut meng­edarkan sebanyak 451 kotak kurma kepada petugas di JIMPP.

Program yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Kelab Imigresen Pulau Pinang (KIPP).

Husni berkata, program tersebut bertujuan menghargai dan mengeratkan hubungan warga imigresen Pulau Pinang dalam membentuk organisasi itu sebagai sebuah keluarga.

Turut hadir Ketua Bahagian Pekerja Asing yang juga Setiausaha KIPP, Fairos Ismail.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini