Ayda Jebat cuba elak kontroversi - Utusan Malaysia

Ayda Jebat cuba elak kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERCATURANNYA dalam bidang seni membawa kepada kejayaan buat si cantik ini. Bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi, nama Ayda Jebat juga cukup sinonim sebagai antara pelakon yang cukup disegani kini.

Melihat kepada perjalanan kerjayanya kebelakangan ini harus diakui namanya tidak lagi terpalit dengan kisah-kisah kontroversi.

 

Menjelaskan hal ini kongsi Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, dia tidak melihat

kontroversi sebagai sesuatu yang buruk secara keseluruhannya. Namun, ada had yang perlu dipatuhi dalam memastikan namanya terus mekar pada landasan yang betul.

“Ada kontroversi yang membantu, namun tidak dinafikan kebanyakan kontroversi ini bersifat negatif dan itu yang akan menentukan sama ada kita sebagai anak seni akan terus berkarya atau kerjaya kita sampai di situ sahaja.

 

“Sebab itu dalam waktu sekarang kalau boleh saya elak untuk menjawab soalan yang akan menimbulkan kontroversi atau perkara yang akan mengaitkan saya ke arah itu,” katanya.

Tidak sekadar namanya kurang dikuis kisah panas, malah ketika ini hubungan baiknya dengan aktor Redza Rosli juga tidak lagi menjadi perhatian ramai.

Menolak dia cuba menutup kisah `cinta’ antara dia dan Redza, kata Ayda ketika ini dia mengambil pendekatan berbeza.

“Kalau bukan dengan Redza pun, keadaannya mungkin sama sahaja sebab dalam waktu ini kami masing-masing mahu memberi fokus kepada kerjaya sahaja. Tiada apa yang mahu dikongsi memandangkan hubungan kami masih dalam fasa berkawan.

“Kami juga cuba mengelak daripada selalu tampil bersama dalam mana-mana majlis. Kadang-kadang kita tidak tahu ada yang kurang suka,” jelasnya.

Sebelum ini, ada yang mempertikaikan kemampuan vokal Ayda. Mengakui kesibukan diri, Ayda bagaimanapun tidak mahu menafikan keperluan vokalnya untuk terus digilap.

“Buat masa ini saya memang tidak pergi ke kelas vokal dan agak lama juga tidak berjumpa dengan Cikgu Shafi. Saya hanya belajar sendiri menerusi internet dan laman YouTube. Kebiasaannya, saya akan menonton tutorial memantapkan vokal sehari sebelum mengadakan persembahan.

“Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada video-video berguna yang dimuat naik dalam YouTube,” katanya yang juga duta kepada jenama fesyen Ariani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×