SELAYANG 9 Mei – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di Lobi Menara MPS di sini pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, esok.
MPS dalam kenyataan berkata, program itu merupakan medium mendekati orang ramai bagi mendapatkan maklum balas, aduan dan cadangan penambah baikan kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu.
Berita berkaitan:
“Melalui pogram ini, orang ramai dapat berinteraksi secara terus dengan Timbalan Yang Dipertua MPS, Datuk Dr. Juhari Ahmad dan jabatan-jabatan dalaman bagi mewujudkan budaya mesra pelanggan selain memberi ruang kepada semua untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan MPS.
“MPS mengambil berat terhadap maklum balas orang ramai dan sentiasa berusaha membuat penambah baikan selaras dengan objektif agensi itu,” katanya di sini hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk berurusan pada program berkenaan. Sebarang pertanyaan mengenai program itu boleh dikemukakan kepada Jabatan Korporat MPS di talian 03-6126 5824 atau layari laman web di www.mps.gov.my – UTUSAN ONLINE











