Tanam pokok demi kelestarian ekosistem - Utusan Malaysia

Tanam pokok demi kelestarian ekosistem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pembangunan bandar yang pesat menyebabkan berlakunya bencana seperti banjir dan tanah runtuh membuatkan penduduk sentiasa berada dalam keadaan bimbang terutama ketika musim hujan.

Justeru, meskipun pembangunam diperlukan, pemaju perlu mengambil kira apsek kelestarian alam. Ini bagi mengelakkan hutan menjadi togel dan hidupan liar terancam lalu hilang entah ke mana.

Kesan daripada pembangunan tidak lestari boleh menyebabkan kawasan yang dahulunya indah dengan pemandangan pokok yang menghijau kini berubah menjadi bangunan batu yang tinggi serta laluan jalan raya yang lebar dan bertingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hanya satu cara untuk menyelamatkan negara terutama Kuala Lumpur iaitu dengan kembali kepada asas (back to basic).

Hakikat sebenar tumbuh-tumbuhan amat penting dalam memastikan ekosistem tidak terganggu sekali gus mengelakkan kejadian buruk seperti tanah runtuh dan banjir.

Usaha untuk mengekalkan ekosistem disokong oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Kuala Lumpur, Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dan Vanke Malaysia dalam menggalakkan orang awam mengetahui kesan keburukan akibat kerakusan manusia menebang hutan.

Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar berkata, Hutan Simpan Bukit Nanas dipilih untuk program kali ini ekoran kedudukannya yang berada di tengah Kuala Lumpur bukan sahaja merupakan tarikan bagi warga tempatan, malah seluruh dunia.

“Hutan tersebut berada di tengah-tengah ibu kota dan saya yakin kawasan tersebut perlu dipelihara,” katanya.

Program tersebut turut melibatkan 30 pelajar dari Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur yang menanam 30 batang pokok buah-buahan tempatan seperti belimbing buluh, cermai dan langsat.

“Kami memilih pokok buah-buahan bukan sahaja untuk manusia menikmatinya, malah dapat menarik ekosistem seperti burung dan hidupan liar. Ini sekali gus meningkatkan ekosistem di kawasan tersebut.

Sementara itu Timbalan Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan, Mariatul Qiptiyah Md. Shah berkata, sebanyak tiga siri program seumpama itu akan dijalankan sepanjang tahun ini.

“Ini adalah kali pertama penglibatan Jabatan Perhutanan dengan Vanke Malaysia dan EkoKnights dalam menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini.

“Fokus untuk program ini adalah penglibatan sekolah-sekolah berdekatan Taman Rimba Eko Kuala Lumpur bagi memudahkan akses mereka ke sini.

“Kita mahu program ini dilakukan secara berterusan. Pemilihan sekolah-sekolah tersebut bagi membolehkan pelajar datang bila-bila masa,” jelasnya.

Tambahnya, pemilihan Hutan Bukit Nanas adalah tepat kerana ia merupakan hutan semula jadi tertua di Semenanjung iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun dan terletak di tengah bandar.

“Kelebihan hutan tersebut kerana terdapat banyak spesies hidupan dan pokok yang masih tidak terusik.

“Kami akan sentiasa menjalankan tugas penguatkuasaan dan memasang pagar di sekeliling hutan bagi mengelakkan pencerobohan,” katanya lagi.

Bagi seorang pelajar yang menyertai program tersebut, Ihsan Ishak, 14, penglibatannya dalam program berkaitan alam sekitar adalah kali pertama.

“Guru yang memilih pelajar yang layak untuk program ini, namun dalam masa sama saya berminat untuk menyertainya.

“Melalui program ini saya belajar untuk menghargai alam sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini