Sajian berbuka 13 negeri di The Love - Utusan Malaysia

Sajian berbuka 13 negeri di The Love

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – The Love for Malaysia@ Matic (The Love), Jalan Ampang di sini menawarkan hidangan bufet berbuka puasa berkonsepkan Cinta Rasa 13 Negeri bermula semalam.

Cef Eksekutifnya, Ku Jamaluddin Zakaria berkata, menu tersebut merupakan gabungan hidangan tradisional dari 13 buah negeri untuk memenuhi selera pelanggan daripada pelbagai peringkat umur.

Menurutnya, antara menu popularnya ialah Kambing Bakar, Ayam Tempayan sajian dari Terengganu, ayam masak daun kaduk (Sela­ngor), rendang tok (Perak), ikan tenggiri asam pedas (Melaka), daging salai masak cili api (Negeri Sembilan), kambing kuzi (Kelantan) dan siakap bakar sambal air asam petai (Pahang).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat hampir 150 hidangan daripada menu pembuka selera hingga kepada pemanis mulut termasuk pelbagai jenis air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi previu bufet Ramadan di The Love di sini baru-baru ini.

Ku Jamaludin menerangkan, hidangan disediakan berkonsepkan gerai-gerai menarik yang dihias indah seperti Gerai Ikan Bakar Tanjung Lumpur (Pahang), Gerai Bandar Hilir (Melaka), Gerai sajian Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini