Mahasiswa UiTM kampus Seremban hargai hidupan liar - Utusan Malaysia

Mahasiswa UiTM kampus Seremban hargai hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN. Seramai 25 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban, Negeri Sembilan terlibat dalam Program Be Them 2.0: World Wild Life yang diadakan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Institut Biodiversiti , Kuala Gandah, Pahang baru-baru ini.

Pengarah program, Siti Jamilah Nordin berkata, aktiviti sukarelawan itu dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar mengenali secara lebih dekat hidupan liar seperti gajah dan harimau.

“Pendedahan ini akan menjadikan peserta lebih memahami kesukaran yang dihadapi oleh hidupan liar dalam meneruskan kehidupan selepas populasi mereka semakin berkurangan serta ancaman terhadap habitat yang diterima oleh spesies fauna tersebut,” kata beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program yang berlangsung selama tiga hari itu juga diisi dengan aktiviti antaranya membersihkan kandang haiwan-haiwan yang terdapat di dalam pusat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini