Hotel The Qamar rai 400 asnaf, anak yatim - Utusan Malaysia

Hotel The Qamar rai 400 asnaf, anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 8 Mei – Sempena Ramadan, Hotel The Qamar di sini mengambil inisiatif meraikan seramai 400 orang golongan asnaf dan anak yatim pada majlis berbuka puasa di hotel berkenaan hari ini.

Dalam majlis itu, kesemua mereka yang dirai menerima sumbangan barangan keperluan harian, wang tunai dan beberapa keperluan lain.

Pengurus Hotel The Qamar, Abdul Manan Abdul Manaf berkata, program itu diadakan sebagai satu tanggungjawab sosial koporat ( CSR ) bagi membantu golongan yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menarik perhatian, pihaknya tidak pernah melupakan golongan memerlukan malah sentiasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka sekali gus meringankan beban yang ditanggung.

“Kita meneruskan tradisi ini pada setiap tahun sejak 22 tahun dulu dan golongan ini tidak pernah kita ketepikan.

“Mereka ini adalah penduduk miskin yang tinggal sekitar kawasan hotel ini dan kami akan jemput mereka setiap tahun untuk berbuka puasa dengan kakitangan hotel kami,” katanya.

ABDUL MANAN menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan pada program berbuka puasa di Hotel The Q
ABDUL MANAN menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan pada program berbuka puasa di Hotel The Qamar di Dungun hari ini. – UTUSAN ONLINE

Menurut Abdul Manan, pihaknya juga membawa anak- anak yatim membeli pakaian raya di samping sumbangan barangan makanan yang mereka terima.

“Selain itu pelbagai pihak termasuk orang perseorangan turut memberikan kerjasama dengan menghulurkan sumbangan kepada pihak kami setiap tahun, terima kasih diucapkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan aktiviti tersebut sebagai tradisi tahunan dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ujar beliau, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Karyawan Negeri Terengganu (Karyawan Kreatif) mengadakan program jengah sahur.

Pada program itu, makanan diagih kepada waris pesakit, jururawat dan pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu termasuk gelandangan, anggota polis dan bomba. – UTUSAN ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini