TEHERAN 8 Mei- Iran memutuskan untuk menangguh beberapa komitmennya di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) kuasa-kuasa besar dunia.
Perkara itu disahkan Kementerian luarnya, hari ini.
“Keputusan Majlis Keselamatan menggantung beberapa komitmen di bawah JCPOA telah dimaklumkan kepada negara-negara terlibat seperti Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dokumen keputusan itu telah diserahkan kepada wakil negara-negara terlibat dalam mesyuarat hari ini.
Mesyuarat itu dibuat selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menuduh Iran merancang serangan dalam lawatan ke Iraq pada Selasa yang lalu.- AFP











