5 bintang Gunners bakal disingkir - Utusan Malaysia

5 bintang Gunners bakal disingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Mei – Arsenal yang mahu melakukan rombakan besar-besaran sebaik sahaja musim ini berakhir telah menamakan lima pemain senior sebagai sasaran utama untuk disingkirkan.

Perancang utama Jerman, Mesut Ozil dan pemain tengah Armenia, Henrikh Mkhitaryan mengetuai senarai pemain berprofil tinggi yang bakal meninggalkan Emirates.

Ozil gagal menarik perhatian pengurus Gunners, Unai Emery musim ini dan sering disisihkan daripada kesebelasan utama pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, Emery beberapa kali memberitahu media secara terbuka bahawa Ozil perlu membuktikan pengaruhnya di atas padang dan berusaha lebih keras.

Mkhitaryan, 30, juga antara pemain yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan dilabel sebagai ‘pemain tidak layak untuk tugasan tersebut’.

Arsenal menumpaskan Valencia 3-1 dalam separuh akhir pertama Liga Europa, minggu lalu dan perlu mengelak daripada kalah 0-2 di Sepanyol pada aksi kedua esok untuk melangkah ke final.

Bagaimanapun prestasi Gunners dalam Liga Perdana Inggeris tidak memberangsangkan, dan itu antara sebab mengapa Emery mahu melakukan rombakan besar untuk membolehkan mereka kembali mencabar kedudukan empat terbaik.

Ketika Liga Perdana berbaki satu perlawanan, kelab London itu menghuni tangga kelima dengan 67 mata, tiga mata di belakang pasukan keempat liga, Tottenham.

Arsenal akan bertandang ke Burnley, Ahad ini untuk aksi terakhir liga domestik, namun nasib mereka kini terletak di tangan pasukan lain.

Emery melihat Ozil dan Mkhitaryan sebagai satu pembaziran di Emirates kerana kedua-duanya menerima gaji yang tinggi, terutama Ozil yang difahamkan menikmati 350,000 (RM1.88 juta) seminggu.

Selain Ozil dan Mkhitaryan, turut berada dalam pemerhatian Arsenal adalah Shkodran Mustafi, Alex Iwobi dan Petr Cech. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini