Terima kasih anggota bomba! - Utusan Malaysia

Terima kasih anggota bomba!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Ketika kita diberi kesempatan berbuka puasa bersama keluarga, anggota bomba tetap meneruskan tugas memadam kebakaran walaupun memerlukan mereka berbuka puasa di tapak operasi.

Itu pengorbanan kira-kira 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Sentul yang ditugaskan memadam kebakaran sebuah rumah teres yang diubah suai menjadi pejabat di Jalan 15, Off Jalan Kuari, Kampung Cheras Baharu, di sini hari ini.

Walaupun kebakaran pada pukul 6.19 petang itu dapat dikawal pada pukul 6.50 petang, mereka tetap perlu meneruskan tugas memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya dan lokasi selamat untuk orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dengan ketiadaan kerusi atau meja, kelihatan anggota bomba berkenaan tetap mampu tersenyum walaupun hanya berbuka puasa dengan air dan makanan bungkus di tepi jentera.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran melibatkan dua buah bilik yang dijadikan asrama pekerja dan bilik pejabat berkeluasan 371 meter persegi.

“Setelah operasi memadam kebakaran dibuat, kita dapati rumah teres berkenaan telah 60 peratus musnah. Selain itu, kenderaan yang diletakkan berhampiran iaitu tiga buah motosikal musnah terbakar,” kata kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini