Biri-biri selamatkan kelas daripada tutup - Utusan Malaysia

Biri-biri selamatkan kelas daripada tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 8 Mei – Sebanyak 15 ekor kambing biri-biri secara simboliknya didaftarkan sebagai murid baharu di sebuah sekolah rendah di kawasan pergunungan French Alps selepas ibu bapa khuatir penurunan jumlah pelajar akan menyaksikan beberapa kelas ditutup.

Lapor The Guardian, langkah itu dibuat selepas sekolah di Crêts en Belledonne, sebuah kampung di kaki gunung French Alps memaklumkan, satu daripada 11 kelasnya akan ditutup selepas jumlah pelajar menurun daripada 266 kepada 261 orang.

Semalam, seorang penternak haiwan tempatan hadir ke sekolah tersebut dengan membawa 50 kambing biri-biri, 15 daripadanya ‘secara rasmi’ mendaftar selepas menunjukkan sijil kelahiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu majlis menyambut ‘murid baharu’ itu turut diadakan, yang disaksikan oleh murid, ibu bapa dan guru.

“Sekarang, kita tidak perlu menutup mana-mana kelas,” kata ibu bapa, Gaelle Laval.

Laval merupakan ibu bapa yang mendakwa pihak berkuasa pendidikan tempatan lebih mementingkan mengenai angka berbanding kebajikan murid.

Tambah Laval, dia menggunakan humor untuk menggesa orang ramai mengatasi masalah ‘buruk’ itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini