Kematian akibat denggi di Pulau Pinang meningkat 700 peratus - Utusan Malaysia

Kematian akibat denggi di Pulau Pinang meningkat 700 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jumlah kematian akibat demam denggi di negeri ini sehingga minggu ke-17 tahun ini mencatatkan peningkatan 700 peratus iaitu sebanyak lapan kes berbanding satu kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Kesihatan negeri, secara kumulatif sehingga 4 Mei lalu, sebanyak 2,441 kes demam denggi dilaporkan berbanding 1,302 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1,139 kes atau 87.48 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi minggu ke-18 tahun ini (28 April hingga 4 Mei) sebanyak 64 kes demam denggi telah dilaporkan, berbanding 69 kes pada minggu ke-17, (21 April hingga 27 April) iaitu turun sebanyak lima kes,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, pada ketika ini terdapat 12 lokaliti wabak terkawal yang disenaraikan di seluruh negeri.

“Antaranya ialah di Desasiswa Cahaya Gemilang, Jalan Kuantan dan Taman Seri Petani di daerah Timur Laut serta lokaliti Flat Pusat Bayan dan Sungai Batu Bukit di daerah Barat Daya.

“Selain itu ialah lokaliti Taman Selamat, Inderawasih Lorong, Flat Telok Indah E1, Flat Taman Pinggiran Alma dan Taman Sejahtera Jaya di daerah Seberang Perai Tengah serta lokaliti Perkampungan Jawi 2 dan Taman Belibis di daerah Seberang Perai Selatan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini