Rebut kelebihan Ramadan - MB - Utusan Malaysia

Rebut kelebihan Ramadan – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 Mei – Hotel M-Suites di sini hari ini menyampaikan sumbangan berupa beras dan wang tunai kepada beberapa pertubuhan kebajikan, kanak-kanak kurang bernasib baik dan golongan ibu tunggal terpilih dalam satu majlis di hotel tersebut sebentar tadi.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dalam program yang turut meraikan seramai 466 kanak-kanak dan ibu tunggal dalam majlis berbuka puasa.

Dr. Sahruddin berkata, pihaknya menyambut baik penganjuran program itu kerana amalan sedemikian dituntut dalam agama Islam, lebih-lebih lagi dalam Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga dengan usaha seperti ini akan dapat memberi makna dan semangat kepada para pelajar dan anak-anak dalam menjalankan ibadah puasa.

“Bersama-samalah kita merebut peluang untuk mendapat keberkatan dan keredaannya,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Penerima sumbangan terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kota Tinggi, Asrama Kebajikan Ar Rayyan Johor Bahru dan Raudhatul Maryam Skudai, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3, Sekolah Princess Elizabeth dan anak-anak yatim serta ibu tunggal dari seluruh negeri.

Yang turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadot. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini