Ummah rancang Himpunan Gergasi Rakyat - Utusan Malaysia

Ummah rancang Himpunan Gergasi Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Mana-mana pihak yang cuba bersekongkol dengan agenda untuk menggugat kedaulatan Islam di negara ini bakal berdepan satu lagi himpunan besar-besaran menerusi Himpunan Gergasi Rakyat.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan itu akan diadakan selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan masyarakat beragama Islam di seluruh negara menerusi Kempen Penerangan Kongres Rakyat.

“Kita akan berusaha menjelaskan kepada semua orang Islam agar mereka faham, bersatu seterusnya bersedia untuk bangkit membela kedaulatan Islam di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu-isu yang menggugat kedaulatan Islam seperti Statut Rom, penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan status Islam dalam kad pengenalan akan diterangkan dalam kempen tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kamaruzaman berkata, Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang diadakan Sabtu lalu merupakan amaran awal bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membela kedaulatan Islam.

Kata beliau, hal itu jelas selepas setahun kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kedaulatan Islam dalam negara dilihat berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan.

“Kongres Rakyat, Ummah dan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam-Melayu berpendirian jika perkara itu dibiarkan, tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih teruk daripada hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini