Elak jadi mangsa kejutan - Utusan Malaysia

Elak jadi mangsa kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak mahu rakan-rakan sepasukan menyerap semangat Piala AFF untuk tidak menjadi mangsa kejutan apabila berdepan pasukan kerdil Timor Leste dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia yang menghuni ranking ke-168 dunia akan menerima kunjungan Timor Leste, pasukan yang berada 27 anak tangga di bawah mereka dalam aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 Jun.

Perlawanan kedua yang berlangsung lima hari kemudian juga akan diadakan di Bukit Jalil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami ada skuad yang dibarisi ramai pemain berkualiti, jadi kami tidak harus melepaskan peluang ini begitu sahaja.

“Sekurang-kurangnya, di atas kertas pasukan kami adalah lebih baik daripada mereka, sama ada daripada segi fasiliti mahu pun pemain,” katanya lagi.

Biarpun jumlah kehadiran penonton dalam kedua-dua perlawanan dijangka merosot berbanding ketika 80,000 peminat membanjiri Stadium Nasional untuk aksi final Piala AFF, namun Zaquan tetap berharap faktor tuan rumah akan memberi kelebihan kepada Harimau Malaya.

“Kami kena gunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan sebijaknya.

“Sudah tentu, kami tidak boleh memandang mudah cabaran Timor Leste. Saya sendiri pernah menentang mereka banyak kali dan apa yang boleh katakan..dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku,” katanya lagi ketika dipetik dalam laman web Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini