Dua kanak-kanak maut dalam kemalangan kereta di Jepun - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak maut dalam kemalangan kereta di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 8 Mei- Dua kanak-kanak maut apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan pelajar tadika di rantau Shiga, barat Jepun di sini.

Polis dalam kenyataan berkata, kereta berkenaan melayang ke arah kanak-kanak terbabit selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan berat.

Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, masing-masing berumur dua tahun mati ditempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta itu merempuh 13 kanak-kanak dan tiga orang guru yang berada berdekatan,” katanya.

Polis dalam pada itu mengesahkan penahanan dua wanita berumur 52 dan 62 tahun yang merupakan pemandu kepada kedua-dua kenderaan berkaitan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini