BERLIN 8 Mei- Sekurang-kurangnya lapan cedera selepas kereta api dinaiki mereka merempuh sebuah lori di sini, hari ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 4.30 pagi waktu tempatan di jajaran Alt Duvenstedt, dekat Flensburg.
Lori yang membawa muatan seberat 70 tan itu ditinggalkan di laluan berkenaan sebelum dirempuh kereta api itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Seramai 22 penumpang dilaporkan menaiki kereta api malang itu.
Salah seorang penumpang yang mengalami cedera parah diterbangkan dengan menggunakan helikopter ke hospital di bandar Kiel.
Polis dalam pada itu masih menjalankan siasatan berkenaan insiden tersebut.-AFP











