Wanita tertekan diganggu 30 lelaki gila seks - Utusan Malaysia

Wanita tertekan diganggu 30 lelaki gila seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei.- Seorang pengurus jualan mengalami tekanan kerana diganggu 30 lelaki selepas nombor telefon miliknya disalahgunakan pihak tertentu.

Mangsa Tiffany Ong Shen Ling, 30, mendakwa turut menerima gangguan seksual daripada individu tidak dikenali sejak Januari lalu.

Tiffany berkata, selain nombor telefon, gambar dan video miliknya turut disalahgunakan dalam satu aplikasi temujanji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada mulanya saya pelik apabila ramai lelaki dari luar negara menghubungi saya, malah ada yang mengajak untuk melakukan hubungan seks.


“Saya tanya, daripada mana dapat nombor dan mereka memberitahu gambar serta nombor telefon saya ada aplikasi ‘Skout’,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tiffany mendakwa, sewaktu melakukan semakan, dia terkejut apabila mendapati profil berkenaan tertera gambar dan butiran maklumat dirinya termasuk nombor telefon.

“Setiap hari saya menerima panggilan video daripada lelaki tidak dikenali, malah ada yang berani tunjuk alat sulit mereka ketika melakukan panggilan.

“Sekarang saya dan suami amat tertekan dengan apa yang berlaku, berikutan itu kami buat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras,” katanya.

Tambah Tiffany, tindakan susulan pihak polis berhasil menahan seorang lelaki warganegara Filipina yang kerap mengganggunya pada 6 April lalu.

“Saya bersetuju untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan dan pihak polis berjaya menahannya. Sekarang gangguan masih berlaku namun tidak serius macam dulu,” katanya.

Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, orang ramai terutama wanita perlu berhati-hati dalam memuat naik gambar dan video di media sosial.

“Kebanyakan mangsa adalah wanita, gambar dan nombor telefon mereka sering di salah guna pihak tertentu.

“Setakat ini pihak kami menerima empat kes berkaitan gangguan seksual,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini