PR1MA komited laksana transformasi strategi perniagaan - Utusan Malaysia

PR1MA komited laksana transformasi strategi perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) komited melaksanakan transformasi strategi perniagaan bagi memastikan organisasi itu selari dengan agenda perumahan nasional.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Mohd. Nazri Md. Shariff berkata, usaha itu bagi memenuhi mandat kerajaan dalam menyediakan lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana (M40).

Katanya, perkara tersebut sedang dalam pelaksanaan dan dijangka akan selesai Jun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai sebuah entiti kerajaan, PR1MA komited untuk memastikan kewajipannya dengan pihak berkepentingan termasuk pembeli rumah dapat dihormati.

“Dalam masa sama, kami juga sedang melaksanakan satu langkah transformasi bagi membolehkan PR1MA memaksimumkan keberkesanan usaha perubahan khususnya dalam meningkatkan perniagaan dan operasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini