Lelaki tahan sakit cincin tersangkut pada jari telunjuk - Utusan Malaysia

Lelaki tahan sakit cincin tersangkut pada jari telunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama 15 minit sebelum sebentuk cincin keluli berjaya dikeluarkan dari jari telunjuk mangsa awal pagi ini.

Menurut laporan portal Utusan Borneo, dalam kejadian kira-kira pukul 4.31 pagi itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Sarawak pada mulanya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kes tersebut dari pihak Hospital Sarikei.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin memberitahu portal itu, sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII), Mijan Pamin telah bergegas ke hospital berkenaan untuk menghulurkan bantuan memotong cincin tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan situasi mangsa, anggota bomba yang bertugas telah menggunakan ‘mini grinder’ untuk memotong cincin itu.

“Pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong cincin tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, satu kebakaran kebun telah berlaku di Jalan Sare dekat sini, kira-kira pukul 4.17 semalam.

Kata Mahmudin, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 4.17 petang.

“Ketika tiba di lokasi kebakaran, pihaknya mendapati kebun nanas milik seorang penduduk di kawasan terbabit telah terbakar.

“Api telah berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 20 minit dan operasi ini telah melibatkan lapan anggota dengan sebuah jentera pemadam,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini