Letupan di makam sufi di Pakistan, 10 maut dan 24 cedera - Utusan Malaysia

Letupan di makam sufi di Pakistan, 10 maut dan 24 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE, Pakistan 8 Mei – Satu letupan di makam sufi tertua dan paling popular mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut dan 24 cedera di timur Lahore, ketika bermulanya puasa hari ini.

Menurut pihak polis, siasatan masih dijalankan mengenai punca letupan yang berlaku berhampiran pintu masuk pelawat wanita ke Makam Data Darbar kurun ke-11 iaitu salah satu makam terbesar di Asia Selatan.

Makam itu telah menjadi sasaran pada 2010 dalam serangan bunuh diri yang mengorbankan lebih 40 orang dan ia dikawal dengan keselamatan ketat. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini