Bukan seri dicari, tetapi kemenangan - ten Hag - Utusan Malaysia

Bukan seri dicari, tetapi kemenangan – ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 8 Mei- Erik ten Hag menyangkal dakwaan Ajax hanya mahu keputusan seri menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Tottenham Hotspurs di Arena Johan Cruijff, awal pagi esok.

Bekalan 1-0 hasil jaringan Donny van de Beek pada minit ke-15 di gelanggang lawan minggu lalu memastikan kelebihan agregat berpihak kepada skuad kendalian ten Hag.

Keputusan seri sudah cukup buat Ajax menempah tiket final di Wanda Metropolitano bulan depan bertemu Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mahu menang. Saya mahu Ajax mencapai tahap yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicapai musim ini dan memenangi perlawanan ini.

“Kami perlu menang dan menggunakan setiap kelebihan yang kami miliki,” katanya.

Ajax mendapat suntikan moral apabila merangkul gelaran pertama musim ini selepas menewaskan Willem II 4-0 dalam aksi final Piala Belanda, Ahad lalu, dan mereka hanya tewas sekali dalam 17 perlawanan.

“Kami berdepan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan corak permainan mereka jauh berbeza.

“Kami tidak perlu menayangkan video berunsur motivasi atau pendorong kepada pemain-pemain. Saya berasakan beraksi dalam perlawanan terbesar di Arena Johan Cruijff cukup meningkatkan semangat mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini