GoBear peroleh dana RM331.72 juta - Utusan Malaysia

GoBear peroleh dana RM331.72 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mei – Pasar raya kewangan Asia, GoBear memperoleh dana pembiayaan berjumlah AS$80 juta (RM331.72 juta) yang akan digunakan untuk memacu pertumbuhan menerusi penambahbaikan produk dan teknologi, memperluaskan jaringan usaha sama dan mengisi peranan utama.

Ketua Pegawai Eksekutif GoBear, Adrian Chng

Ketua Pegawai Eksekutif GoBear, Adrian Chng berkata, dana terkumpul daripada pusingan pembiayaan yang terkini akan dilaburkan ke dalam bidang-bidang utama yang merangkumi produk, teknologi, pengurusan peringkat atasan dan tenaga kerja teknikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pihaknya juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi yang telah membangunkan teknologi menarik dan/ atau menyuntik pelaburan ke dalam syarikat-syarikat tersebut yang dapat membantu memperkayakan ekosistem dan keupayaan GoBear untuk menambah baik kesihatan kewangan orang ramai.

“Antara aspek yang kami berikan tumpukan meliputi proses perjalanan pembelian pengguna serta penyelesaian tunai, pengurusan kewangan peribadi, pemarkahan kredit alternatif, pendidikan kewangan dan platform pelaburan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GoBear ialah sebuah pasar raya kewangan yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf kesihatan kewangan Asia dengan menjadikan aspek literasi kewangan, keterangkuman kewangan dan sekuriti kewangan lebih mudah untuk diakses oleh setiap individu.

Lebih daripada 40 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan GoBear yang merentasi negara Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Rakan-rakan kongsi GoBear terdiri daripada institusi kewangan, bank dan pembekal insurans yang terkemuka seperti Allianz Worldwide Partners, Citibank, FWD Insurance dan Standard Chartered Bank. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini