Ajal tonton tinju, 13 maut jet terhempas - Utusan Malaysia

Ajal tonton tinju, 13 maut jet terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 7 Mei – Bangkai jet peribadi yang terhempas semasa dalam penerbangan dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) ke Monterrey, utara Mexico ditemukan semalam selepas dilaporkan hilang bersama 13 orang termasuk sebuah keluarga terdiri daripada lima orang.

Pengawal trafik udara berkata, mereka terputus hubungan dengan jet Bombardier Challenger 601 petang kelmarin dan pesawat itu dijumpai di kawasan pergunungan bandar Ocampo di negeri Coahuila, utara Mexico.

Pihak berkuasa yang menjalankan operasi mencari menemukan bangkai jet yang ciri-ciri­nya sepadan dengan Bombardier Challenger 601 dengan serpihan pesawat bertaburan di atas padang rumput.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan perlawanan tinju melibatkan peninju Mexico, Saul ‘Canelo’ Alvarez dan peninju AS, Daniel Jacobs di Las Vegas, Sabtu lalu.

Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa masih tidak jelas ketika nama tiga orang kru dan 10 penumpang ditulis dalam bahasa Sepanyol.

Menurut media Mexico, kesemua mangsa berusia antara 19 dan 57 tahun.

Lapor Channel News Asia memetik akhbar Diario de Yucatan berkata, antara mang­sa terbunuh adalah ahli perniagaan Luis Octavio Reyes Dominguez dan isterinya serta tiga anak mereka.

Dalam satu kenyataan, Bombardier Kanada berkata, mereka telah mengenalpasti jet Challenger 601 yang hilang kira-kira 150 batu nautika dari bandar Monclova, utara Mexico.

Sementara itu, Alvarez amat sedih mendengar nahas melibatkan penyokongnya dan berdoa ke atas keluarga mangsa. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini