Chelsea sahkan slot Eropah - Utusan Malaysia

Chelsea sahkan slot Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui skuadnya masih belum berada pada prestasi terbaik walaupun berjaya menjinakkan Watford 3-0 pada aksi Liga Perdana England kelmarin.

Pengendali kelahiran Itali itu turut me­rasa bimbang dan gusar menjelang perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa yang bakal diharungi skuad The Blues Jumaat ini.

“Saya fikir pada babak pertama perlawanan kami berada dalam bahaya kerana para pemain masih berasa letih dari segi mental dan fizikal. Mujur pada babak kedua Watford memperlahankan rentak permainan mereka sekali gus membolehkan Chelsea kembali mengawal keadaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sebenarnya bernasib baik kerana berjaya menjaringkan gol kedua dalam tempoh singkat selepas meraikan gol pertama. Keadaan tersebut telah merangsang motivasi para pemain untuk fokus sehingga perlawanan itu tamat,” katanya.

Kejayaan meraih tiga mata telah meletakkan Chelsea di tangga ketiga liga menerusi 71 mata sekali gus menjamin tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge itu, pemain te­ngah, Ruben Loftus-Cheek berjaya mele­dakkan gol pembukaan pada minit ke-48 sebelum pemain pertahanan, David Luiz meledakkan gol kedua selang tiga minit kemudian.

Penyerang, Gonzalo Higuain turut men­cetak nama selaku penjaring gol pada minit ke-75.

Dalam pada itu, bekas pengendali Napoli itu mengakui tersilap membuat percaturan apabila menurunkan pemain tengah, N’Golo Kante dalam semua perlawanan termasuk kelmarin sehingga me­ngakibatkan pemain berkenaan mengalami kecederaan hamstring.

“Saya silap percaturan kerana tidak merehatkan Kante yang sudah keletihan. Sangat sukar untuk saya meletakkan pemain yang begitu penting ini di bangku simpanan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini