Alat pelik untuk X-ray bayi dianggap melucukan - Utusan Malaysia

Alat pelik untuk X-ray bayi dianggap melucukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sejenis alat yang digunakan untuk menyekat pergerakan bayi ketika proses imbasan X-ray mengundang ketawa orang ramai berikutan rupanya yang pelik, lapor akhbar Daily Mail.

Alat tersebut yang dinamakan Pigg-O-Stat, dipercayai telah digunakan sejak tahun 1960-an di Amerika Syarikat. Ia bagaimanapun tidak lagi digunakan sekerap dahulu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS).

Pigg-O-Stat menjadi tular di laman Twitter baru-baru ini dan ia mencuit hati pengguna kerana memaparkan imej seorang bayi yang diletakkan di dalam alat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahkan, ada antara pengguna menyifatkan nama alat itu melucukan.

“Sebuah piggo-stat? Sesiapa yang mencipta dan menamakan alat ini pasti ketawa untuk 10 tahun seterusnya dalam hidup mereka,” katanya.

Ada juga yang menyatakan bahawa walaupun ia lucu, alat tersebut turut menyebabkan mereka berasa kasihan dengan bayi dalam gambar itu. Ada juga antara pengguna Twitter menyifatkan Pigg-O-Stat sebagai sebuah pengisar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini