Cabaran Muslim Skandinavia berpuasa di musim panas - Utusan Malaysia

Cabaran Muslim Skandinavia berpuasa di musim panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Mei – Umat Islam yang menetap di Denmark dan negara Skandinavia seperti Norway dan Iceland perlu berpuasa lebih 17 jam sehari di bulan Ramadan pada tahun ini selepas waktu siangnya lebih panjang berbanding negara-negara lain.

Arab News melaporkan, terdapat juga kawasan di dunia dengan waktu siangnya terlalu panjang pada masa-masa tertentu se­perti kepulauan Svalbard di laut Artik atau bandar Tromso yang terletak di tanah besar Norway.

Menurut seorang cendekiawan dan imam di Oslo, Asim Mohammed, 31, mereka yang berpuasa di negara Skandinavia memiliki tiga pilihan, sama ada berpuasa mengikut waktu subuh dan maghrib bandar berdekatan, waktu Mekah atau waktu tempatan bermulanya matahari terbit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Asim, terdapat juga jemaah yang mengambil cuti bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa bagi tempoh yang lama dan ia bergantung kepada pekerjaan penduduk.

“Jika bekerja dalam pejabat mungkin tiada masalah namun keadaan itu sedikit sukar kepada mereka yang bekerja di persekitaran terbuka dengan cuaca panas pada bulan Mei, Jun dan Julai.

“Saya kagum dengan jemaah di tempat saya tidak kira tua dan muda akan tetap berpuasa meskipun dalam keadaan sukar,” katanya.

Asim memberitahu, ketika penganut Islam di utara Eropah menjalani ibadah puasa lebih panjang ketika penghujung musim bunga dan musim panas, keadaan sebaliknya pula berlaku ketika musim sejuk.

“Di Norway, wujud perbezaan ketara antara tempoh waktu siang pada musim panas berbanding dengan waktu siang pada musim sejuk.

“Ketika musim sejuk sekitar Disember, matahari terbenam seawal pukul 3.15 petang. Tentunya, umat Islam di sini lebih gemar berpuasa di musim sejuk,” ujarnya.

Sofie Clausager Dar, 34, yang baharu memeluk Islam di Denmark tidak menolak bahawa dehidrasi dan keletihan menjadi antara perkara yang memberi cabaran terbesar kepada umat Islam ketika berpuasa.

“Kadangkala, saya akan berasa amat penat ketika petang selepas seharian berpuasa dan masa yang sama keletihan akibat kurang tidur.

Namun, Sofie mengakui berpuasa menjadi semakin mudah setelah beberapa hari melakukannya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini