Penumpang ditemani aroma kopi Wonda - Utusan Malaysia

Penumpang ditemani aroma kopi Wonda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelanggan pengangkutan e-hailing, Grab kini berpeluang menikmati keenakan aroma kopi Wonda ketika menggunakan perkhidmatan tersebut semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi pilihan masing-masing.

Kerjasama eksklusif antara kopi Wonda bersama Grab Malaysia itu akan berlangsung sehingga 24 Jun ini.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram, pelbagai kejutan menanti beberapa orang pelanggan bertuah yang berpeluang me­nempah kereta Grab berjenama kopi Wonda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelanggan tersebut bukan sahaja dapat menyaksikan hia­san produk Wonda Zero Max di atas bumbung kereta sahaja malah, turut akan disambut dengan jingle terkenal kopi Wonda ketika membuka pintu kereta.

“Bagi memberikan pengalaman yang lebih mengujakan, penumpang juga berpeluang menikmati Wonda Zero Max Original tanpa gula tambahan secara percuma dengan hanya mengimbas kod QR yang disediakan pada penyangkut dalam kereta,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini