Pelabur asing jual RM1.49 bilion saham April 2019 - Utusan Malaysia

Pelabur asing jual RM1.49 bilion saham April 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mei – Jualan asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia berjumlah RM1.49 bilion bulan lalu, penjualan bersih bagi bulan ketiga berturut-turut.

Penganalisis MIDF Research, Adam M. Rahim berkata, ini menjadikan aliran keluar dana asing berjumlah RM2.76 bilion bagi tempoh empat bulan pertama 2019, berbanding aliran masuk bersih dana asing sebanyak RM3.71 bilion tempoh sama tahun lalu.

Katanya, berdasarkan empat pasaran ASEAN yang dipantau firma penyelidikan itu, Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai negara dengan aliran keluar bersih terbesar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aliran keluar dana asing turut berterusan pada minggu lalu dengan sejumlah RM275.7 juta lagi dijual dari pasaran ekuiti tempatan iaitu empat kali ganda lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

“Pada Isnin lalu, aliran keluar dana dicatatkan sebanyak RM96.3 juta selepas pelabur menunggu data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China yang mungkin memberi petanda kepada prospek pertumbuhan ekonomi global,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini