Remaja koma selepas motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Remaja koma selepas motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang remaja koma setelah motosikal yang ditungganginya terbabas di Felda Jengka 25, Maran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 pagi itu, Md. Afdlin Md. Nasir, 18, cedera parah dan kini tidak sedarkan diri serta dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. 

Abang mangsa, Md. Ashraf, 29, berkata, adiknya itu baru sahaja mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak dalam jurusan Diploma Sains Pertanian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia sangat gembira dan kami tidak menyangka adik terlibat dalam kemalangan bersama rakannya yang dikenali sebagai Yazid, 18, di Felda Jengka 25.

“Motosikal yang Yamaha 135 LC yang ditungganginya terbabas sebaik melalui kawasan selekoh yang gelap namun rakannya hanya cedera ringan,” katanya.

Menurut Md. Ashraf, ibunya, Zaiton Ismail, 53, terus bergegas ke lokasi kejadian menaiki kereta setelah dimaklumkan oleh Yazid dan menghantar adiknya ke Hospital Jengka sebelum di rujuk ke Hoshas.

“Kami diberitahu adik mengalami luka dalaman termasuk pendarahan di kepala, patah bahu malah tulang rusuknya turut tercucuk bahagian paru-paru,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini