Dua maut dihempap kotak kurma - Utusan Malaysia

Dua maut dihempap kotak kurma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Dua pekerja warga asing maut selepas dihempap oleh palet yang mengandungi kotak-kotak berisi buah kurma di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan warga Bangladesh berusia 40-an maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan mendapati dua mangsa telah dihempap oleh timbunan palet dan kotak yang berisi buah kurma.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan telah ditarik keluar dari timbunan itu oleh rakan sekerja yang lain.

“Mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini