Ramos punca Ronaldo tinggalkan Real - Utusan Malaysia

Ramos punca Ronaldo tinggalkan Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 4 Mei – Media Sepanyol semalam mendedahkan, Cristiano Ronaldo dijual kepada Juventus tahun lalu atas permintaan seorang pemain senior.

Real memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara bersama Ronaldo, malah penyerang Portugal itu telah meledak 450 gol sepanjang sembilan tahun di Madrid, sekali gus menjadikannya pemain terhebat pernah dimiliki skuad Los Blancos.

Bagaimanapun, Fox Spors mendakwa, kapten mereka, Sergio Ramos meminta kelab supaya melepaskan pemain itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ramos merasakan Ronaldo lebih berminat untuk memenangi kejuaraan antarabangsa tetapi kurang menyumbang dalam saingan La Liga.

Kenyataan bek tengah Sepanyol itu dilihat ada asasnya selepas Ronaldo, 34, hanya menyumbang dua gelaran La Liga sepanjang sembilan tahun di Madrid.

Ramos percaya, Real mampu beraksi baik tanpa pemain berusia 34 tahun itu seperti yang pernah mereka lalukan sebelum ini, namun jelas keadaan tidak berjalan lancar buat Los Blancos sejak ditinggalkan oleh Ronaldo.

Real gagal mempertahankan gelaran Eropah selepas tersingkir di peringkat 16 terbaik, malah  tewas pada separuh akhir Copa del Rey, dan sekadar menghuni tangga ketiga La Liga.

Tiga jurulatih dibawa masuk untuk membimbing Real sepanjang tempoh tersebut.

Julen Lopetegui dan Santiago Solari dipecat, sebelum tugas itu diberikan semula kepada Zinedine Zidane pada Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini