Dalang sindiket pecah pejabat ditahan - Utusan Malaysia

Dalang sindiket pecah pejabat ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Seorang lelaki yang dikehendaki polis dan mempunyai 25 rekod kesalahan lampau berkait kes dadah serta jenayah ditahan di Sungai Buloh, dekat sini pada kelmarin.

Difahamkan, tangkapan suspek berusia 28 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Rawang, dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek yang dikenali sebagai Faizal Mamak merupakan ketua sindiket pecah pejabat yang aktif sejak 2009.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil tangkapan tersebut kita telah berjaya menyelesaikan lima kes pecah pejabat di sekitar Rawang dan dua kes pecah pejabat di sekitar Petaling Jaya, dekat sini.

“Modus operandi yang digunakan kumpulan ini ialah dengan menggunakan pemutar skru untuk mengumpil pintu depan atau belakang pejabat sebelum mengambil barang berharga dan menjualnya kepada rakan-rakan dengan harga RM100 hingga RM200,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Samsor, pihaknya telah merampas sebuah kereta Toyota yang dipercayai kenderaan klon, laptop, kunci kereta, telefon bimbit, peralatan pecah pejabat dan jam tangan.

Jelasnya, suspek kini telah ditahan reman sehingga Selasa depan dan suspek kedua dalam kes tersebut sedang giat diburu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini