Kanada tempah slot ke saingan akhir Siri Akhir FIH - Utusan Malaysia

Kanada tempah slot ke saingan akhir Siri Akhir FIH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Menjinakkan Itali bukan sesuatu yang mudah buat Kanada apabila terpaksa bergelut sepanjang 60 minit perlawanan sebelum berjaya meraih kemenangan 3-1 dalam aksi separuh akhir Siri Akhir FIH di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Kanada yang juga pasukan ranking 10 dunia menempah slot ke saingan akhir pada Sabtu ini.

Pada aksi akhir nanti, Kanada bakal menentang sama ada Malaysia atau Austria yang akan berentap dalam satu lagi saingan separuh akhir, malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perlawanan tersebut gol awal dijaringkan oleh pemain Itali, Pietro Lago pada minit ke-28 hasil pukulan sudut penalti.

Sepanjang suku kedua Kanada tidak berupaya mendapatkan jaringan namun semuanya berubah pada suku ketiga yang menyaksikan pasukan ranking terbaik kejohanan berkenaan dapat meraih dua gol.

Dua gol Kanada itu hadir menerusi Sukhi Panesar pada minit ke-32 hasil jaringan padang dan pukulan sudut penalti pada minit ke-43 yang dimanfaatkan dengan baik oleh Gordon Johnston.

Sementara satu lagi jaringan Kanada diraih hasil gol padang pada minit ke-60 menerusi Oliver Scholfield. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini