Flat retak: Penduduk gembira pulang ke rumah menjelang Ramadan - Utusan Malaysia

Flat retak: Penduduk gembira pulang ke rumah menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Kira-kira 200 penduduk Blok F di Flat Taman Keramat Permai, di sini gembira apabila mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing esok namun tetap bimbang sekiranya bangunan yang disahkan selamat itu kembali retak.

Seorang penduduk, Mohd. Faysal Yusof, 45, berkata, kepulangan itu juga diharap dapat menyelesaikan segala urusan yang tertangguh termasuk persiapannya dalam menyambut Ramadan.

“Kalau ikut hati memang sudah lama nak balik kerana memikirkan banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama soal kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…
NURZANA YUNUS
NURZANA YUNUS 

“Tambahan pula saya menghidap penyakit kencing manis menyebabkan keupayaan saya semakin terbatas jika terus mendiami di sini,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya, AU2 di sini hari ini.

Mohd. Faysal merupakan seorang daripada kira-kira 200 penduduk flat berkenaan yang tinggal di dewan itu sebagai penempatan sementara mereka sejak Ahad lalu ekoran kejadian flat retak.

MOHD. FAYSZAL YUSOF
MOHD. FAYSZAL YUSOF 

Seorang lagi penduduk, Nurzana Yunus, 50, pula berkata, walaupun dibenarkan pulang, dia tetap memikirkan soal keselamatan diri bersama keluarga meskipun kerja-kerja baik pulih telah dilakukan oleh pihak berwajib.

Katanya, selain mengembalikan semula tempat tinggal yang lebih selesa dan bebas, kepulangan itu juga dapat memudahkan anaknya untuk ke sekolah dan mengulangkaji pelajaran di rumah.

“Gembira memang gembira tetapi perasaan bimbang itu masih ada lebih-lebih lagi ketika cuaca buruk.

“Saya harap kejadian ini tidak berulang dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu lebih bertanggungjawab memastikan aduan penduduk dapat diselesaikan secepat mungkin, bukannya menunggu keadaan menjadi bertambah buruk,” katanya.

NORIA JUMADI
NORIA JUMADI 

Bagi warga emas, Noria Jumadi, 74, tinggal di penempatan sementara itu menjadi peluang baginya untuk bergaul dengan lebih dekat bersama jiran-jiran, sekali gus menjadikan hubungan itu menjadi lebih erat.

Katanya, walaupun kejadian itu disifatkannya sebagai ujian kecil, dia reda dan dapat merasai kesusahan yang pernah dialami oleh mangsa-mangsa kejadian seperti tanah runtuh dan banjir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini