Kelab Sara Taekwando Martial Art harumkan nama Malaysia - Utusan Malaysia

Kelab Sara Taekwando Martial Art harumkan nama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 3 Mei – Kelab Sara Taekwando Martial Art dari negeri ini mengharumkan nama negara apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan empat gangsa pada Kejohanan Taekwando Terbuka Wata International 2019 di bandar Sakai, Osaka, Jepun, baru-baru ini.

Pingat emas pertama diperolehi melalui pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Maher, Asiah Ahmad Fauzi dalam kategori 44 kilogram (kg).

Manakala emas kedua pula dimenangi Siti Hajar Ahmad Fauzi dalam kategori 53 kg ke bawah dan emas ketiga, Nur Ainul Safia Safinei dalam kategori 46 kg ke bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua pingat perak pula disumbangkan oleh Koh Chai Sher dalam kategori 53 kg ke bawah dan Zulaikha Ahmad Fauzi dalam kategori 29 kg ke bawah.

Sementara itu, pingat gangsa diperoleh melalui M. Thevanjali (41 kg ke bawah), Aisya Nabila Mohd Shubli (29 kg ke bawah), Nik Ahmad Muklis Kasyfullah Nik Mohd Kifayatullah (24 kg ke bawah) dan Putri Raisya Aleesya Ahmad Ilham (46 kg ke bawah).

Ketua Jurulatih Kelab Sara Taekwando Martial Art, Manimaran Sugomaran berkata, kejohanan berprestij itu disertai oleh 25 negara seperti Brazil, Hong Kong, Korea, Thailand, India, Indonesia dan China.

“Ini kejayaan yang amat membanggakan dari Kelab Sara Taekwando Martial Art sekali gus mengharumkan nama negara.

“Pihak kami akan terus berusaha mencungkil bakat-bakat baharu sekali gus memperkasa sukan taekwando ini,” katanya.

Untuk rekod pada 2017, Kelab Sara Taekwando Martial Art membawa pulang enam pingat emas dalam Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Kali Keenam anjuran Eagle Spirit Taekwondo Academy (ESTA) di Yogyakarta, Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini