Tingkat satu bangunan kilang terbakar - Utusan Malaysia

Tingkat satu bangunan kilang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 3 Mei – Sebahagian daripada tingkat satu sebuah kilang memproses mesin dan komponen musnah dalam kebakaran di Taman Merdeka di sini pagi ini.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi melibatkan ruang tingkat satu seluas 7.9 x 21 meter persegi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 8.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahril Zauni bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

“Sebanyak 15 anggota terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh serta BBP Jalan Kubu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, sebaik sahaja tiba di lokasi pihaknya mendapati bahagian kilang di tingkat satu itu telah musnah terbakar.

 

Kata beliau, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami dalam kejadian itu.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kebakaran tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini