LONDON 3 Mei – Mohamed Salah mengejutkan penyokong Liverpool apabila muncul di sebuah pub di bandar itu, beberapa jam selepas pasukan itu tewas kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara.
The Reds mengalami malam ngeri di Camp Nou dengan Salah terlepas peluang menjaringkan gol di penghujung perminanan namun tampil penuh bersemangat di Dovedale Towers, Penny Lane.
Salah terlibat dengan proses penggambaran iklan sebuah syarikat minyak yang akan ditayangkan di negara-negara Arab.
Sejumlah besar penyokong The Reds memenuhi pub itu untuk menyaksikan bintang kesayangan mereka walaupun kecewa dengan keputusan yang diraih dalam saingan Liga Juara-Juara.
Salah tampil dengan semangat positif, berjaket coklat, jeans biru dan kasut berjenama Gucci.
“Kami gembira dengan kehadiran Mo bersama kru rakaman dan kami berbangga kerana mereka memilih Dovedale Towers sebagai lokasi.
“Lokasi ini banyak sejarah menarik dan kami berharap mereka dapat membantu memperkenalkan Liverpool kepada dunia,” kata pemilik Dovesdale Towers, Mike Girling.-AGENSI











