Bung Mokhtar mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah - Utusan Malaysia

Bung Mokhtar mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Bekas Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan RM2.8 juta pada Jun 2015.

Bung Mokhtar bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Berdasarkan pertuduhan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah itu sebagai seorang ejen iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra telah menerima suapan berjumlah RM2.8 juta daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abd. Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar melalui dua akaun isterinya yang juga pelakon, Zizie Izzete A. Samad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan berkenaan dilakukan bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan Kedua untuk Felcra Berhad membuat pelaburan RM150 juta untuk menyertai unit amanah Public Mutual Berhad.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati, 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati antara pukul 12.16 tengah hari hingga 5 petang, 12 hingga 19 Jun 2015.

Perbuatan itu dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan tertuduh bakal berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabitkan bersalah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini