Starbucks Reserve buka pandu lalu pertama di Setia Alam - Utusan Malaysia

Starbucks Reserve buka pandu lalu pertama di Setia Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Mei – Starbucks Malaysia telah membuka pandu lalu pertama bar Reserve di cawangan Starbucks Reserve Setia Alam hari ini.

Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays berkata, pandu lalu cawangan Starbucks Reserve ke-10 di Setia Alam itu membolehkan pelanggan bukan sahaja mendapatkan menu kegemaran mereka dengan pantas melalui penjualan di tingkap, tetapi juga untuk menikmati keunikan kopi dan bijian istimewa Starbucks Reserve.

Cawangan Starbuck Reserve menampilkan dua bar minuman iaitu bar utama yang menjual produk-produk teras Starbuck dan sebuah bar kopi yang menawarkan tujuh kaedah membru seperti tuang atas, Chemex, tekanan, siphon, ekspreso Black Eagle, Clover dan bru sejuk nitro.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memilih Setia Alam, Shah Alam sebagai lokasi pertama pandu lalu Reserve selepas kami lihat wujud budaya kopi yang berkembang di Shah Alam, serta berdasarkan kepada permintaan daripada masyarakat.

“Pembukaan cawangan ini akan membolehkan kami memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menikmati kopi ketika dalam perjalanan, termasuk untuk mereka yang ingin kopi yang jarang ditemui dan luar biasa.

“Buat masa sekarang, cawangan itu akan menjadi satu-satunya pandu lalu Reserve di Malaysia. Kami belum mempunyai sebarang rancangan untuk membuka pandu lalu kedua,” katanya kepada media selepas pembukaan cawangan tersebut.

“Hari ini menandakan satu lagi mercu tanda penting selepas kami menerapkan segala apa yang telah kami pelajari mengenai tingkah laku pelanggan untuk mewujudkan pengalaman kedai hibrid yang baharu.

“Di Stabucks, kami sentiasa mencari pelbagai ikhtiar untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini