KUALA LUMPUR 2 Mei – Unit Filipina AirAsia Group Bhd. berharap dapat meneruskan tawaran awam permulaan (IPO) tahun ini untuk meraih lebih daripada AS$200 juta (RM827.2 juta) untuk mengembangkan kapasitinya, menurut laporan sebuah portal berbahasa Inggeris.
“Kami semakin dekat, semoga kami dapat melakukannya tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita di Manila, Filipina.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu merancang untuk meraih jumlah “jauh lebih besar” daripada rancangan sebelumnya, termasuk sasaran AS$200 juta yang diumumkan sebelum ini, kata Fernandes. -UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











