LONDON 29 April – Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan David de Gea selepas Manchester United terlepas tiga mata berharga apabila seri 1-1 dengan Chelsea dalam aksi liga, semalam.
“Tiada sesiapa boleh menyalahkan dia kami hilang dua mata dan dia bukan punca kami berada di tangga keenam.
“Dia tahu dia boleh menyelamatkan bola itu namun inilah bola sepak. Tiada apa yang perlu disorokkan namun tiada sesiapa pun dalam kalangan kami boleh menuding jari ke arahnya.
“David mempamerkan aksi bertenaga pada musim ini dan kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Saya tidak memikirkannya sebab saya kenal dia. Apabila anda penjaga gol atau penyerang, anda sentiasa mendapat perhatian dan jika anda melakukan kesilapan, anda menjadi tajuk berita utama.
“Begitu dengan nasib David. Dia mendapat perhatian untuk sekian lama dan dia boleh melakukan tugasnya dengan lebih baik dan saya tidak bimbang. Saya akan duduk berbincang bersama David,” kata bos United itu.
Peluang Red Devils untuk menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam empat pasukan terbaik sukar memandangkan saingan hanya berbaki dua perlawanan sahaja. – AGENSI











