Buku Bersatu: Mulanya Di Sini...Johor Bahru dilancar - Utusan Malaysia

Buku Bersatu: Mulanya Di Sini…Johor Bahru dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan buku Bersatu:Mulanya Di Sini…Johor Bahru iaitu nukilan sejarah dan perjuangan parti tersebut di Hotel Thistle di sini sebentar tadi.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor dan turut diiringi Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Buku tersebut karangan Datuk Jemale Paiman adalah setebal 217 muka surat itu mengandungi 12 bahagian bermula dengan sejarah penubuhannya sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan menang sebelum menjadi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…
BUKU Bersatu: Mulanya Di Sini...Johor Bharu yang dilancarkan hari ini. - UTUSAN ONLINE
BUKU Bersatu: Mulanya Di Sini…Johor Bharu yang dilancarkan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Jemale merupakan Naib Ketua Bahagian Bersatu Johor Baharu dan bekas Presiden Kongres Persatuan Guru-guru.

Buku berkenaan yang merupakan nukilan berunsur sejarah politik kontemporari bermulanya perjalanan parti berkenaan dikarang kira-kira lima bulan lalu dan siap pada Oktober lalu sebelum dilancarkan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini