Nelayan jatuh laut ditemukan maut - Utusan Malaysia

Nelayan jatuh laut ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 28 April – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak pukul 11 pagi hari ini selepas dipercayai terjatuh dari bot di muara Sungai Semilang di sini ditemukan maut.

Mayat mangsa, Md. Kasim Chat, 65, ditemukan kira-kira pukul 4.20 petang di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.1 dari Perai menghala ke kawasan pulau iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh dari bot.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang pesara polis dan mula aktif sebagai nelayan sejak lapan tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), mayat mangsa yang terapung ditemukan oleh seorang pemancing yang berada di bawah jambatan berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini