Wanita maut motosikal berkuasa tinggi dibonceng bersama suami terbabas - Utusan Malaysia

Wanita maut motosikal berkuasa tinggi dibonceng bersama suami terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang wanita maut selepas motosikal yang dibonceng bersama suaminya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 334.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa, Zila@Suzilawati Alang Ahmad, 45, dari Gugusan Manjoi, Ipoh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama suami yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang suami mangsa berusia 54 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan.

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.

“Suami mangsa pula hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian badan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini