Bekalan ayam, kelapa sepanjang Ramadan cukup - Utusan Malaysia

Bekalan ayam, kelapa sepanjang Ramadan cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bahawa bekalan bahan mentah di seluruh negara akan sentiasa mencukupi sepanjang Ramadan nanti.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, tinjauan pihaknya ketika ini mendapati bekalan terutamanya bagi sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan.

“Bila Ramadan tiba, dua barangan yang akan meningkat berkali ganda permintaannya ialah ayam dan kelapa, namun bekalannya dijangka akan cukup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga telah membawa kelapa dari Sabah iaitu Pulau Papabak untuk tambah bekalan pada bulan puasa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikin selepas Melakukan Lawatan Kerja dan Penyampaian Geran Insentif Karavan Tani Sempena Penang FAMA Fest 2019 di Seberang Jaya di sini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan geran insentif bernilai RM19,910 kepada seorang usahawan karavan yang menjual aiskrim dan dadih bagi menaiktaraf trak perniagaannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini