80 pemuda Hulu Selangor berkonvoi ke Desaru - Utusan Malaysia

80 pemuda Hulu Selangor berkonvoi ke Desaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR 28 April-Sebanyak 80 penunggang motosikal menyertai Konvoi Santai Bermotosikal Anak Muda Hulu Selangor ke Desaru, Johor semalam.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad di Plaza Tol Bukit Beruntung di sini.

Konvoi melibatkan anak muda Hulu Selangor yang diselitkan dengan aktiviti amal itu membawa aspirasi kepatuhan kepada undang-undang dan semangat setiakawan .


Program juga diharap dapat mengikis pandangan negatif masyarakat terhadap golongan penunggang motosikal yang sering dikaitkan dengan gejala mat rempit.

Memuatkan artikel berkaitan…


Saifuddin berkata, beliau berharap aktiviti itu dapat disemarakkan dalam kalangan anak muda khususnya di Hulu Selangor sebagai usaha masyarakat mendekati golongan muda.


“Mereka membawa semangat Hulu Selangor dan imej anak muda daerah ini.”

 “Konvoi ini akan menjadi acara tahunan yang besar pada masa akan datang dengan sasaran penyertaan anak muda daripada pelbagai kaum,”katanya pada majlis pelepasan berkenaan.

Yang turut hadir pada majlis pelepasan itu ialah dua Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dan Mai Mt Zin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini