Guni ‘putih’ punca BPB - Pesawah - Utusan Malaysia

Guni ‘putih’ punca BPB – Pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Seorang pesawah mengesahkan penggunaan benih tidak sah di tapak sawahnya memakan diri apabila tanamannya diserang penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB).

Perkara itu diakui Mohamad Sulaiman Selamat, 61, yang turut memaklumkan tidak menyangka benih padi yang dibeli daripada orang tengah itu tidak sah sehingga berisiko menyebabkan tanamannya diserang bakteria tersebut.

“Saya tidak tahu jenis benih padi apa kerana guni putih, tiada label dan cop kerajaan, saya beli dengan seorang individu di kawasan ini, tanam di petak sawah dan tiba-tiba disahkan sudah kena BPB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara itu disedari apabila pihak Jabatan Pertanian memacak papan notis pemberitahuan yang mana petak sawah saya sudah dijangkiti BPB. Terkejut juga,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Menurut pesara guru itu, ancaman penyakit BPB itu kini menyerang 1.2 hektar petak sawahnya di Blok N, Sawah Sempadan di Tanjung Karang dan keadaan itu sudah mendapat perhatian Jabatan Pertanian sebagai langkah berjaga-jaga dikhuatiri tersebar ke kawasan sawah padi sekitarnya.

“Penularan wabak itu sememangnya berkait rapat dengan bekalan biji benih berkenaan kerana proses penanaman padi yang dijalankan adalah seperti musim-musim sebelumnya iaitu membakar, membajak serta meracun, tidak timbul pula sebarang masalah.

“Bukan nak kata, sebelum ini petak sawah saya bebas daripada sebarang penyakit sedemikian, masalah ulat batang itu tetap ada namun tidak seburuk jangkitan BPB seperti hari ini,” ujarnya.

Tambah Mohamad Sulaiman, ejen, broker dan pembekal yang tidak sah perlu dikenal pasti serta dielakkan segera kerana ia bakal mendatangkan kerugian yang lebih besar kepada pesawah.

“Saya menaruh harapan tinggi supaya pembekalan benih padi sah dijalankan Jabatan Pertanian semula. Saya rasa langkah ini sedikit sebanyak berupaya memastikan soal pengagihan benih padi sah dalam kala­ngan pesawah lebih terjamin se­perti sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini