Kadar zakat fitrah Pulau Pinang kekal RM7 - Utusan Malaysia

Kadar zakat fitrah Pulau Pinang kekal RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan nilai zakat fitrah bagi negeri ini kekal pada kadar RM7 seorang tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga.

“Kutipan zakat fitrah tahun ini dianggarkan sebanyak RM5.2 juta yang dikutip daripada 700,000 orang penduduk Islam di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahun ini juga, peruntukan agihan zakat kepada fakir miskin telah ditetapkan sama seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM500 seorang (bagi fakir) dan RM450 (bagi miskin),” katanya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Pentaulihan Amil Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang 2019 di Dewan Milenium, di Kepala Batas sini.

Dalam pada itu, Abdul Malik berkata, MAINPP telah melantik seramai 1,677 orang amil untuk memungut zakat fitrah bagi negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini