FAMA jamin bekalan bahan mentah mencukupi - Utusan Malaysia

FAMA jamin bekalan bahan mentah mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 28 April – Bekalan bahan mentah terutama ayam serta kelapa dijamin mencukupi bagi menampung permintaan pengguna yang meningkat sepanjang Ramadan nanti.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail berkata, selain itu tinjauan pihaknya juga mendapati bekalan bahan makanan lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi.

“Dua barangan yang didapati akan mendapat permintaan yang meningkat pada Ramadan ialah ayam dan kelapa namun kita akan pastikan bekalannya mencukupi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“FAMA telah membawa kelapa dari Sabah untuk menambah bekalan sebanyak 30 tan sebulan sejak tahun lalu lagi,” katanya kepada selepas mengadakan lawatan kerja dan penyampaian geran insentif karavan tani sempena Penang FAMA Fest 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini